Friday, December 31, 2010

Tentang Booking 'mem'booking

Friday, December 31, 2010
Bismillahirrahmanirrahim....

>>> Dress
Syukur kehadrat Allah, perjalanan ini masih dapat ditempuhi dengan tabah. Semalam 31/12/2010, hari terakhir bg tahun 2010 ani dah berjaya booking untuk baju sanding. Ok, taknak gitu gini dah...harap2 apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Design baju biasa2 saje, but details tu yang penting. sebelum ni punyala pening2 nak pilih design macam mana habis semua gaun2 kat google tu ani geledah, at last end up with design tradisional jugak....hihi

my dress inspired from this:

(aisssh, sistem meng'upload' ade problem pulak)

>>>> Official Videographer
Minggu lepas 26/12/2010, hari ahad, sebelum ke kenduri raidah (my coursemate), discuss dengan OV dulu. Alhamdulilah, harga memang sangat berbaloi2 untuk 2 majlis (nikah & sanding). Ini semua atas usaha sama dengan kak ain, thank u kak!! mmuah! mmuah!

>>>> MUA
Dah lama booking, tapi 2-3 menjak sejak membuat keputusan untuk baju sanding, berbelah bagi nak amik sekali dengan vendor dress ke taknak. Baru sekejap tadi survey2 hasil diorang. Now, i stick to the previous decision. Amik kak sue jugak. Ok ani, MUA dah tetap, jangan gitu gini lagi. Fokus benda lain pulaks key!

So, TODAY!!!
Terjah pameran pengantin pulaksssss!!! huhu, incek tunang cuti ^_^ V~~ nak angkut dia sekali. Biar dia nampak macam mana susah payah nye kite, huh.
Objektif:
- cari vendor untuk pelamin dan hall deco : budget <3000
- cari vendor kad kahwin: budget <600*

*kad kahwin dah tempah lama...tapi tetibe macam tak berapa puas hati, taknak kotak free yang huduh itu!!!, taknak amik pun tak boleh, chet! orang taknak takyahla bagi, bagi kat orang lain. Dia naaaakkk jugak bagi. Kalau kad panjang sket yang cantik pun 79sen, walaupun dapat bunting kotak bagai~~~ mahal jugak banding dgn kadkahwinku.com <<<--- dapat cari kad panjang lagi murah disini. Setakat ni kat kadkahwinku yang masuk list adalah yang 55sen. Nak tengok kat pameran dulu, kalau2 ada yang lebih berbaloi.

Ok, setakat ni saje update wedding preparation kami.

LOVE.LOVE ^_^

0 comments:

Post a Comment