Sunday, October 31, 2010

Perkongsian: Cincin Lelaki --->>>Suasa, Platinum, Silver (perak) & White gold

Sunday, October 31, 2010
Bismillahirrahmanirrahim....

Memandangkan harga emas semakin hari semakin melonjak2 naik, hatiku pun turut same melonjak2 nak beli cincin untuk mr fiance cepat2 (bukan bermaksud nak beli emas, tapi dah kalau emas naik, barang2 lain off-course la naik jugak kannnn??....emas tu act as indicator. Kalau lambat2 lari budget i..huhu

Dah 2-3 kali bertekak dgn mak & kakak tentang jenis cincin macam mana yg lelaki boleh pakai. Pada ani, yg ani dah tanya pada kebanyakan kedai & melihat kepada kebanyakan perbincangan2 tentang cincin lelaki ni, ani masih ragu2 untuk membelikan cincin mr fiance berasaskan suasa. Tapi bila tanya mak, beli suasa. Dgn alasan dari dulu lagi sejak nenek moyang cincin untuk lelaki adalah suasa. Tapi ani kata "saya dah cek dgn kebanyakan kedai...suasa tu ada 3.75% emas, kan ada emas jugak tu, Bukan ke dah jatuh HARAM bagi lelaki". Kakak pulak cakap, sikit je..MUNGKIN dibolehkan. Nampak tak ani highlight "MUNGKIN" tu??. Bagi ani, ani memang taknak sikit pun ada emas. tu dah namanya syubhah.

So, untuk menyedapkan hati ani google (google je la yg ani boleh buat, nk jumpa ustaz2 mcm payah pulak). Dan inilah hasil yang ani dapat:

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)



Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’”(Riwayat Muslim)Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 darjah celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.


White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.


Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”


Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.


Bagaimana dengan Platinum?


Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.


Hukum Memakai Cincin Suasa

Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.


Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samaada emasnya sedikit atau banyak.”


Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”


Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.


Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam..




Tambahan hujah..


Hukum memakai cincin perak

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-

أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].


Sumber:
1. nurfaisza blog - copy dari sini
2. ustazazhar
3. Jais-soal jawab agama
4. Halaqah
5. Serambi dakwah

Cerita saya....

Alhamdulillah.....lega sikit. Bukan apa, yg sangat merisaukan ani adalah cincin untuk mr fiance dah pun ditempah. Dah bayar separuh pun, kalau silap taktaulah nak nak buat macam mana. poning den... poning!.

Nak tau ani beli kat mana??? jeng3....kat GOLDHEART!!... kitorang dah masuk SEMUA kedai emas kat Mines, Mid Valley, Metro Kajang..tempat2 yg memang baaaaanyak kedai emas. Alamanda terkecuali sebab tau confirm2 tak banyak pilihan- kat Habib je ada platinum. Memang kitorang survey platinum @ campuran platinum. NO for Suasa.

Selepas 2 minggu terjah sane terjah sini, finally we have decided to buy at Goldheart. Design cantik..yg penting ada diamond (off course ada diamond itu pilihan ani..hehe). Mr fiance tak kesah apa2...huhu, senang kan? tapi dia pun memang suka design tu. Lantakla orang nak kata macam cincin pompuan ke, gitu ke gini ke...yg penting kitorang happy. One mission completed!!!!
eh, satu lagi....material cincin tu adalah platinum sterling (patented as Platim*), xmampu den nk beli pure platinum..mahhhal~~~~~ kalau mampu pun ntah2 dapat yg seurat benang je, pastu ngade2 nak diamond lagi..karang hantaran mr fiance dapat cincin je, kalau demand lelebih..hehe.

Yang bestnye kedai ni, PR sangat bagus, mane2 branch pun. Nak tau kitorang dapat apa hasil terjah2 kedai ni??? kat mines dapat 2 botol mineral water yg botol die sangat2 cumilll-tp tertinggal. lupe nak amik :(, takpelah takde rezeki. Esoknya kedai yang sama kat MidValley, dapat lagi 2 botol mineral water. Ni memang bawa balik. Terjah kedai lain dulu.....xdapat apa pun, layanan pun biasa2 je. Pastu kitorang decide nak beli cincin kat goldheart, diorang hidangkan teh panas pulak, besh2. Sebelum balik, diorang bagi lagi dua botol mineral yg cumil2 tu lagi. Kesemuanya ada 4 botol mineral kitorang dapat! Haha... Bagus kan diorang jaga pelanggan. Dulu masa cari cincin tunang pun sama, walaupun tak beli diorang tetap mesra.Kepada sesiapa yg nak beli cincin kat goldheart & dapatkan diskaun 20% bolehla guna kad kitorang. berbaloi-baloi~~~~

p/s: entry paling panjang..ngeh3

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum nak tanya...apa hukum lelaki pakai cincin besi yg berwarna kuning emas ye...rasanya tk de masalah kan??

Post a Comment