Sunday, October 31, 2010

Perkongsian: Cincin Lelaki --->>>Suasa, Platinum, Silver (perak) & White gold

Sunday, October 31, 2010
Bismillahirrahmanirrahim....

Memandangkan harga emas semakin hari semakin melonjak2 naik, hatiku pun turut same melonjak2 nak beli cincin untuk mr fiance cepat2 (bukan bermaksud nak beli emas, tapi dah kalau emas naik, barang2 lain off-course la naik jugak kannnn??....emas tu act as indicator. Kalau lambat2 lari budget i..huhu

Dah 2-3 kali bertekak dgn mak & kakak tentang jenis cincin macam mana yg lelaki boleh pakai. Pada ani, yg ani dah tanya pada kebanyakan kedai & melihat kepada kebanyakan perbincangan2 tentang cincin lelaki ni, ani masih ragu2 untuk membelikan cincin mr fiance berasaskan suasa. Tapi bila tanya mak, beli suasa. Dgn alasan dari dulu lagi sejak nenek moyang cincin untuk lelaki adalah suasa. Tapi ani kata "saya dah cek dgn kebanyakan kedai...suasa tu ada 3.75% emas, kan ada emas jugak tu, Bukan ke dah jatuh HARAM bagi lelaki". Kakak pulak cakap, sikit je..MUNGKIN dibolehkan. Nampak tak ani highlight "MUNGKIN" tu??. Bagi ani, ani memang taknak sikit pun ada emas. tu dah namanya syubhah.

So, untuk menyedapkan hati ani google (google je la yg ani boleh buat, nk jumpa ustaz2 mcm payah pulak). Dan inilah hasil yang ani dapat:

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)



Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’”(Riwayat Muslim)Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 darjah celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.


White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.


Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”


Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.


Bagaimana dengan Platinum?


Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.


Hukum Memakai Cincin Suasa

Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.


Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samaada emasnya sedikit atau banyak.”


Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”


Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.


Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam..




Tambahan hujah..


Hukum memakai cincin perak

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-

أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].


Sumber:
1. nurfaisza blog - copy dari sini
2. ustazazhar
3. Jais-soal jawab agama
4. Halaqah
5. Serambi dakwah

Cerita saya....

Alhamdulillah.....lega sikit. Bukan apa, yg sangat merisaukan ani adalah cincin untuk mr fiance dah pun ditempah. Dah bayar separuh pun, kalau silap taktaulah nak nak buat macam mana. poning den... poning!.

Nak tau ani beli kat mana??? jeng3....kat GOLDHEART!!... kitorang dah masuk SEMUA kedai emas kat Mines, Mid Valley, Metro Kajang..tempat2 yg memang baaaaanyak kedai emas. Alamanda terkecuali sebab tau confirm2 tak banyak pilihan- kat Habib je ada platinum. Memang kitorang survey platinum @ campuran platinum. NO for Suasa.

Selepas 2 minggu terjah sane terjah sini, finally we have decided to buy at Goldheart. Design cantik..yg penting ada diamond (off course ada diamond itu pilihan ani..hehe). Mr fiance tak kesah apa2...huhu, senang kan? tapi dia pun memang suka design tu. Lantakla orang nak kata macam cincin pompuan ke, gitu ke gini ke...yg penting kitorang happy. One mission completed!!!!
eh, satu lagi....material cincin tu adalah platinum sterling (patented as Platim*), xmampu den nk beli pure platinum..mahhhal~~~~~ kalau mampu pun ntah2 dapat yg seurat benang je, pastu ngade2 nak diamond lagi..karang hantaran mr fiance dapat cincin je, kalau demand lelebih..hehe.

Yang bestnye kedai ni, PR sangat bagus, mane2 branch pun. Nak tau kitorang dapat apa hasil terjah2 kedai ni??? kat mines dapat 2 botol mineral water yg botol die sangat2 cumilll-tp tertinggal. lupe nak amik :(, takpelah takde rezeki. Esoknya kedai yang sama kat MidValley, dapat lagi 2 botol mineral water. Ni memang bawa balik. Terjah kedai lain dulu.....xdapat apa pun, layanan pun biasa2 je. Pastu kitorang decide nak beli cincin kat goldheart, diorang hidangkan teh panas pulak, besh2. Sebelum balik, diorang bagi lagi dua botol mineral yg cumil2 tu lagi. Kesemuanya ada 4 botol mineral kitorang dapat! Haha... Bagus kan diorang jaga pelanggan. Dulu masa cari cincin tunang pun sama, walaupun tak beli diorang tetap mesra.Kepada sesiapa yg nak beli cincin kat goldheart & dapatkan diskaun 20% bolehla guna kad kitorang. berbaloi-baloi~~~~

p/s: entry paling panjang..ngeh3

1 comments

Wednesday, October 27, 2010

sesi luahan perasaan

Wednesday, October 27, 2010
sob...sobb.... :'( nangis dulu

1. terkilan....

bila terkenangkan majlis pertunangan ani dulu....sob..sobb..nangis lagi. Macam2 hal jadi, unexpected!.huuuuuuuu. Perihal photog, perihal bilik, perihal dot dot dot. Bila teringat balik, rasa mcm b**** sangat time tu. Menyesal tak berjinak2 dgn blog dari dulu lagi. Tp sebenarnya, memang dah lama berjinak2 dgn blog ni tapi kalau bloghopping tu bukan ke arah blog b2b la......more towards whole life, life student2 dimerata pelosok dunia. Sekarang, dah pandai lompat sane lompat sini, bace blog b2b baru terbuka sikit mata. Thank alot kpd bloggers2 b2b sekalian. Tp,bila teringat kisah itu.........sedey.....

takpela perkara dah lepas, yg penting ani dah jd tunangan orang dan bakal jadi isteri org satu hari nanti...

2. Perihal OP

Ani dah booked OP ani..........tapi, semakin hari semakin risau. DAN, menyesal sebab tak survey byk & buat keputusan terburu2. Ani booked OP ni mase kt pameran pengantin KLCC haritu. Kakak ani pun mmg galakkn suruh book cepat. lagipun pakej dia mmg murahhhhhhh, terpegun ani kejap. bayangkanla 2k include nikah-sanding-berinai-outdoor, ade free gift lagi bunting-banner-then product dia pulak custom album-sticky album 2, printed pict, siap ada free lakaran kartun pengantin, & 2 frame 12x15'' lagi.mane tak tergugat.....i apelagi, termakan dengan kata2 kakak & encik photog, terus booked, 2-3 hari lepas tu bayar deposit. Apa yg merisaukan ani, OP ani ni takde official website yg tunjuk hasil2 kerja tgn dia, cuma ada flickr je. Yes, tak dinafikan dia mcm photog baru. Tapi seriously tgk kat album contoh masa kat booth tu, cantekkkkk!!!. Satu lagi, photographer majlis ani nnt dia provide 2 org, best kan?.Sebab apa ani pilih dia sebab gamba dia mmg clear semua. Ani taknak jadi mcm gambar wedding kakak ani, suram semacam je, not my taste. ani suke yg bright2.

Setiap hari jugak google2 cari pasal OP ani, cume jumpe flickr dia je.... =( itu pun gambar yg tahun lepas punya. dalam hati ani terfikir, dia takde customer lain ke tahun ni????? haish~ risau2.... Teringat pasal OP ani masa tunang haritu, gamba sikit sangatttt!!! ani perasan byk gambar yg takde even dalam CD yg tak edit. itupun CD first yg dia bagi tak boleh buka. Tapi, ani ni jenis tak reti nk marah2 ke ape..... Nak komplen mcm2 pn, sebab servis dia murah..redha je. Dengan harapan masa kawin nanti nk buat betul2. Tapi tgkla sekarang ni...........takut sangat. Apa nk buat ye? nk buat appointment dgn dia, mesti kena bawa org yg tegas sikit. Kakak mmg tegas, tapi taknak cerita kt dia masalah ni...nanti dia bagi balik kat ani. malas nk kecoh2. encik tunang??? hmmm....tak boleh nk harap sangat-terikat dgn mcm2 hal.


Ya Allah..berilah petunjuk kpd hambamu ini ya Allah..............

0 comments

Tuesday, October 26, 2010

DIY box

Tuesday, October 26, 2010
Alhamdulillah.....
ada yang sudi share cara nk buat box
thank u sangat2 buat cik shahyana

ni link dia: diy box

May Allah bless u dear!

i nak buat kotak macam ni!!!

huhu~

0 comments

Monday, October 25, 2010

Dilema baju

Monday, October 25, 2010
uurrrggggghhhh............!!!
jadi bridezilla jap

blogwalking sane sini, melompat dari satu page ke page yg lain
tapi hati masih lagi tertanya2..sesuai ke nak pakai yg macam ni, macam ni pun cantik jugak...haaa...macam tu pulak?? ok jugak..

pening..pening
Sebenarnya ani dah ada dalam kepala dah design macam mana ani nak pakai untuk majlis sanding nanti. Tunjuk kat mak, mak kate "alaaaa...same je semua design tu,kan ino nk kale putih kan..."

me: "muncung"
dan masih lagi berkira2 nak amik ke tak pakej pelamin dewan dr Kak Sue- harga memang berbaloi, dapat pelamin 3 panel, baju baru....arch, walkway, red carpet, bantal nikah, payung, full accessory, emm..ape lagi ye?
tapi..tang baju tu, boleh ke dpt cantik???
cerewet sungguh kan saye nih...
nasib baik cik tunang penyabar orangnye...hihihi

saye nk yg macam aida gadis melayu pakai ni:


Yang ni pulak design yg saye idam-idamkan.......

simple je....yg penting nmpak mewah..huhu

tapi yg menjadi kesangsiannye......adekah saye sesuai pakai baju seperti ini?? saye kan pendek
dahla pendek, gemop plak tu
(adik saye kate saye tak gemop, tapi bulat!) apekah maksudnye?? bukan ke same je..???

tapi kan, perlu ke kain leret2 macam ni??


atau yang ada belt macam ni??

kan?? banyak sangat yg saye fikir.
dah pening~~~~~


hehe..perasan tak? semua dress kale putih?

0 comments

Sunday, October 24, 2010

perihal sticker

Sunday, October 24, 2010
bismillahhirrahmanirrahim......

Malas nk tulis panjang ni sebenarnya...ok, kita pendekkan je.

Hari2 blogwalking b2b cari2 idea untuk majlis jun nanti...kalini nk cari pasal VIP doorgift. Memandangkan ani dah decide warna tema (blue tiffany), so....ape kate kotak untuk VIP begini....

tapi..mane nk cari kotak warna ni yg plain??? huhu...masih mencari2
beli kotak plain, then letak sticker. Design sticker & sewaktu dengannya boleh ditempah di sini: ilikecard2.blogspot..harga die untuk >1000: 0.28 sen, 500:0.52 sen

0 comments

Tuesday, October 19, 2010

tips & petua

Tuesday, October 19, 2010
tips dari d'sayangWedding

0 comments

Wedding dress

Tuesday, October 19, 2010
wedding dress inspiration: Qomis.com & Wedding Inspirasi

eheh..dah byk sangat klik sane klik sini....naek pengsan dah bijik mate..tak jadila nak upload dress2 yg menjadi idaman (belum tentu dapat tu)..hukhuk...mau tidoooo............
blursuda penin.........

0 comments

Saturday, October 16, 2010

The day i start nervous!

Saturday, October 16, 2010
bismillahirrahmanirrahim.....

urm...rase nk termuntah2 dah bace b2b dari latest entry sampai la ke first entry diorang wat blog ntuk menitipkan setiap saat preparation as b2b.huhuh~~ tetibe terfikir nk buat ntuk diri sendiri punye...haha (ikut mood je la)

Tapi kalini betul2 kena adekan mood sebab nk lakarkan dlm blog ni yg mana detik i decide and terasa "okeyh! this is the time to be serious!!"....

Perkara ni berlaku secara tiba2 & actually ternanti2 jugak saat dimana ani dan en tunang tetapkan tarikh dan bermulala persiapan menghadapi detik bahagia kami disatukan..huhu~ cam feeling terlebey.

Semua ni berlaku secara tiba2, dan semuanya dimulakan oleh ani sendiri...dan mungkin Allah dah tetapkan inilah saatnya..dan kebetulan everything bout en tunang tentang kehidupan sehariannya going smoothly: after raya, after his convocation, in the middle of training (i assume he can adapt with all the things yg menguji mental dan emosi semasa training), after all....hati i tergerak nk membuat & mengambil kesah cerita kawen kami dengan lebih serius!. Memandangkan dah ramai kawan2 rapat ani yg dah nak kawen, tambahan lagi yg bertunang pada tarikh yg dekat2 ani tunang dulu dah pun buat persiapan nk kawen, hati mane tak terdetik kan??

Pada tarikh 10.10.10, ani menyatakan pada en tunang sekali lagi (taktau dah kali ke berapa...) yang esok, pada 11.10.10 ani nk cari dewan & straightly book. Macam2 mana pun ani nk book jugak, takur dewan penuh. Apa2 pun priority adalah DEWAN. Sepanjang pencarian (cume tanya 2 dewan je....memang target 2 dewan je..kalau tak dapat br cari lain), Tarikh yg ani pilih, a day before and after that dua2 dewan pun fully booked.hukhuk..So, ani pun besarkan jarak antara tarikh yg ani nak tu...ada......yeay! alhamdulillah. Tapi....hehe, ada tapi lagi :P, dewan yg ani betul2 nak tu full. Okey, esok dtg lagi untuk betul2 cek. tapi dewan yg satu lagi still available. so, just booked. Malam tu decide and discuss2 dgn en tunang (via fon call je) & famili. Petang tu ani call person inchage: en Bern...he said for May all the weekend, fully booked.but on june, still available, but only one day (rahsia dulu..eheh), ani trus ckp kat en bern, ok, i booked yg itu. Memang lebih cenderung nak dewan tu..hehe. Alhamdulillah dapat.

Ok, the day after that 12 oktober 2010, ani wat appointment dgn en Bern nk bayar deposit trus. Tak nyempat2 =P. Haruslah! karang orang lain ambik pulak. Dewan kat putrajaya ni hot tau.

Ok, start from that day....im nervous + excited!..haha. Sampai termimpi2, bila terjaga dari tidur terbayang2 pastu takleh nk tidur balik..haha...excited.

Sekian.
Semoga Allah permudahkan segala urusan tentang persiapan perkahwinan kami. Aminnn...

0 comments

Pantang Larang sebelum berkahwin

Saturday, October 16, 2010
ANi amik kat blog ni: Almost a bride

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
  4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
  32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

0 comments

Saturday, October 9, 2010

Pixel Tricx Photography

Saturday, October 9, 2010
Semalam ke KLCC tengok wedding exhibition kt Hall 4. Berminat dgn satu photography services from PixelTricx....editing die mmg cantik, gamba pun clear n natural. suke!!

0 comments

Friday, October 8, 2010

inspirasi baju sanding

Friday, October 8, 2010
satu koleksi baju udaimatunnur menjadi pilihan.tapi, mesti mahal sangat kan??

:( ini link sebagai inspirasi je......... koleksi udaimatunnur

0 comments

make-up artist

Friday, October 8, 2010
sudaaaaaa jumpaaa!!!!!

make-up artist: sue hashim

huhuuuu
menarimenarimenari

0 comments

die & baju seragamnye

Friday, October 8, 2010
Susah bebenor nak cari photo wedding airforce ni....

Harini berjaya!!!!

seharian mengadap laptop, browsing itu ini..then, jumpe di sini: shairulfaiz dlm koleksi gambar KASEH

salah satu.....



sebelum ni ada view foto2 dalam kaseh gallery, xpulak jumpe gamba pasangan airforce nih, klik2 sane sini, baru dapat tengok banyak sket.

suke! suke! suke!
menari

ok, berangan untuk gambar sendiri pulak~~ lalalala~~

0 comments

Thursday, October 7, 2010

pink! pink! pink!

Thursday, October 7, 2010
got inspired from their solemnization!!!

excited! excited!
menarimenarimenari

from :DanielZain photography

aLso thinking of the photographer, but.......maybe tooo expensive :(

0 comments

baju nikah

Thursday, October 7, 2010
simple n nice...like too


credit to: zeryzamry


theme colour during nikah ^_^

0 comments

Wednesday, October 6, 2010

Petua-petua tradisional pengantin

Wednesday, October 6, 2010
Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati yang bermanfaat untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin. Antara petua tersebut ialah:


Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.


Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.


Lobak
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.


Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas


Avocado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.


Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap


Menaikkan Seri Wajah Pengantin

Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

Kredit - Tuan Shawanur

terima kasih : MY ADHA

0 comments

Tuesday, October 5, 2010

daftar di web setelkahwin.com

Tuesday, October 5, 2010
Just to copy everything here:

Dear lilypie,

Thank you for registering at SetelKahwin.com!

CONFIRMATION CODE: YzJVdWNEVXpRWFpTZGxCSExnPT0=

Or you can also simply follow the link below: http://www.setelkahwin.com/profile_activate.php?ConfID=2284&ConfCode=YzJVdWNEVXpRWFpTZGxCSExnPT0%3D

This is necessary to complete your registration.
Without doing that you won't be submitted to our database.

Your identification number (ID): 2284

Your e-mail used for registration: neo_82001@yahoo.com

Thank you for using our services!


0 comments

update

Tuesday, October 5, 2010
dah lamaaaaa sangat2 tak update blog ni
ye, alasan yg sangat kukuh, malazzz

dah macam2 dilalui2, submit thesis....dah lebih 3 bulan dah....waiting for viva, ada interview (ntuk jawatan tutor biologi di AsPer: pusat asasi sains pertanian, UPM), konvo abang.....pe lagi ye??

ok itu je la dulu

0 comments