Saturday, February 5, 2011

Tentang Borang Kebenaran Nikah

Saturday, February 5, 2011
Tadi baru lepas googling2 pasal borang nikah. Minggu lepas sebelum cuti raya cina ingat nak pergi ambil borang nikah kat JAWI, sebelum pg buka dulu website dia nak tau exact place kat kompleks mane JAWI tu terletak kat presint 2 tu. Tetibe buka2 terus nampak link untuk download borang nikah, siap ada prosedur dan buku panduan, Hah, ape lagi...dah memang malas pun nak menapak ke JAWI tu kalau takde kawan, ani download je la. Lepas 2-3 hari lupa sekejap, dan tadi baru teringat balik nak cari experience b2b wilayah pasal borang nikah ni. Sebab masa kakak ani dulu dia pg ke JAWI tu ambil sendiri. Takut memandai je ani download sebenarnya kena ambil di JAWI yang ori punya. Hasil googling.....Yeay! bukan setakat wilayah je, Jais pun boleh download je borang tu. Tak perlu pergi ke JAWI. So, sekarang ni ani just tunggu segala dokumen dari my incek tunang lah. ^_^.

Semoga segala urusan incek tunang berjalan lancar. Lama jugak nak tunggu ni memandangkan incek tunang seorang asyykar, so...banyak sikit prosedur nye. Dan kebetulan dia masih dalam training, kena buat proposal, pastu bila lulus baru, isi borang uruskan itu ini, amik ujian pulak (hikhik..sebbaik pasangan dia takyah ade ujian, selamat..=P), dah lulus setle sume baru bagi pada ani.

semoga dipermudahkan segala urusan. aminn....

LOVE.LOVE ^_^

0 comments

Publish - lagi seminggu

Saturday, February 5, 2011
Lagi seminggu untuk ani publish blog ni pada umum. hehe..semakin best pulak berblog pasal wedding preparation ni. Pastu kalau antara blogger2 pun dengan blogger b2b la rasa cam close sikit.hikhik. Macamana la sambutan blog ni berbanding blog satu lagi tu ye? Yang satu lagi memang betul2 pasal kehidupan ani sbg seorang pelajar & mungkin tak lama lagi upgrade jadi blog pengajar pulak.hehe. Yang ni just wedding preparation. agak lebih beremosi sikitla berbanding yang itu.

Ade satu lagi blog baru bukak khas untuk join contest. setakat ni baru satu contest je masuk. Mesti juri2 yang masuk tu macam rasa semacam je kan, yelah..rumah tu kosong lagi, takde apa2 lagi.ntah2 ani akan gunakan blog ni untuk join contest lepas ni. Sebab dah publish. Kalau sebelum ni, ani private kan blog ni..dan memang dah niat nak publish pada satu masa nanti, dan masanya bakal tiba tak lama lagi..

hihi

LOVE.LOVE ^_^

pm: xsabau nak tunggu pillowcase order sampai..mesti suwitt 

0 comments

Friday, February 4, 2011

=(

Friday, February 4, 2011
Hasil usaha pencarian butik di kb tak berapa menyeronokkan.... =(. En. tunang tak berapa bersungguh =(. tau dia busy. tgk jap takleh ke? kalau tangguh2 lagi mesti slot tu dah penuh.. T_T... dia ni.....buat saya kecik ati. soBs T_T

0 comments

Wednesday, February 2, 2011

design baju nikah

Wednesday, February 2, 2011
Semalam sambil2 ambik mood nak tido belek gambar dalam handset....tetibe dapat idea design baju nikah. yessszzZZA!!! nak wat baju camni. camno?? macam gitula...hehe. macam baju yg ani pernah try kat kimi kajang. Tu lah pentingnya kita try dulu baju sebelum decide nak pakai design apa. Tapi ke'excited'an terhenti seketika bila memikirkan tentang duwet. duwet owh duwet~~ cukup ke kalau nak tempah baju camtu??

en. tunang pun pagi tadi dah risau2 pasal duwet. Saye dengan penuh rasional memujuk "abang, jangan risau ye..insyaAllah cukup...'' cewah. Padahal dalam hati gedebuk gedebak jugak. hurm.. Sepanjang dalam persiapan ni, ani selalu yakin yg insyaAllah semua cukup. Taknak cakap benda2 yg negatif... kalau kita keluarkan aura2 positif, positifla ia..tapi kalau kita keluarkan aura2 negatif maka negatiflah ia. Dalam masa yang sama kita perlu realistik, ukur baju di badan sendiri, takla nanti pakai baju terbesar takpun terketat tak leh masuk. hikhik.

Ok, maknanya sekarang ni dalam kepala dok berkira2 samada nak tempah baju camtu ke baju design wajib bagi majlis nikah --->> kurung moden. pening-pening~~~~

jom berangan jd cinderella jap... @_@

LOVE.LOVE ^_^

0 comments